Pages

Friday, March 5, 2010

Memperkenalkan...UNCANG ‘CLASSY’ dan ‘EASY’ Untuk Buah-Buah Catur

Bazar Jualan Peralatan Catur yang pertama dan yang ke-2 telah dijalankan dengan jayanya oleh Team Cerdik Catur Enterprise. Bazar jualan yang ke-3 akan diadakan pada 21 Mac 2010 semasa kejohanan Catur SMASEL 2010 liga pertama di Dato’ Arthur Tan Chess Centre (DATCC) Kuala Lumpur.

Antara produk peralatan catur yang dijual dan mendapat sambutan hangit hangat ialah UNCANG untuk simpan buah-buah catur. Harganya sangat murah dan terjamin kualitinya. Terdapat 2 jenis uncang yang ingin diperkenalkan oleh Cerdik Catur Enterprise. Uncang jenis ‘CLASSY’ dijual dengan harga cuma RM 2.50 sahaja. Uncang jenis ‘EASY’ pula dijual dengan harga RM3.50 sahaja.

Apakah beza kedua-dua jenis uncang tersebut? Yang bezanya ialah kualiti kain dan juga yang jenis ‘EASY’ pula ada poket khas untuk selitkan papan catur yang digulung sekali. Baru pertama kali diperkenalkan produk ini minggu lepas di bazar jualan yang ke-2 di Seremban dan sebanyak 35 unit uncang telah berjaya dijual. Terdapat juga pakej istimewa yang ditawarkan untuk produk ini. Kalau nak beli dengan PAKEJ A iaitu Set Buah Catur (solid) + Papan Catur (vinyl) + Uncang jenis ‘CLASSY’ = RM23 sahaja. Kalau beli PAKEJ B pula iaitu Set Buah Catur (solid) + Papan Catur (vinyl) + Uncang jenis ‘EASY’ = RM24 sahaja… Murah kan? :)

Untuk TEMPAHAN dan ' QUOTATION' untuk jumlah yang banyak kepada sek. ren/men, universiti dan pihak yang berminat, sila hubungi En. Mohd Fadli - 014-2312370 /emel - seme_event@yahoo.com

DSC09847 easy pouch

Inilah produk istimewa keluaran Cerdik Catur Enterprise iaitu uncang buah catur jenis ‘EASY’. Mudah untuk bawa buah catur dan papannya sekali ke mana-mana sahaja.

easy pouch DSC09854

classy type Uncang buah catur jenis ‘CLASSY’ yang boleh didapati dalam pelbagai warna yang menarik

DSC09851 DSC09852 DSC09853

DSC09861

Kesemua produk uncang ini dibuat daripada kain yang bermutu dan dijahit kemas dan rapi agar tidak mudah koyak.


No comments:

Related Posts with Thumbnails