Pages

Thursday, September 9, 2010

Kejohanan Catur Terbuka Ampang Aidilfitri 2010

Sempena bulan Syawal ini, satu kejohanan catur terbuka anjuran bersama Chess Club @ Ampang dan Cerdik Catur Enterprise akan diadakan pada hari Sabtu, 2 Oktober 2010 di Galeri Tingkat 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah Kuala Lumpur. Kejohanan catur terbuka rapid sebanyak 7 pusingan Swiss ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM 2140. Butiran kejohanannya boleh dilihat di poster di bawah:


Klik imej untuk kelihatan lebih jelas

URUSETIA KEJOHANAN :

Abdul Hakim bin Noordin – Pengarah Kejohanan

Mohd. Fadli bin Zakaria – Ketua Arbiter

Mohd Faisal bin Zakaria – Penolong Ketua Arbiter

‘Datin’ – Pairing Arbiter

Nurul Farah Omar – Pengurus Bazaar Peralatan Catur yang ke-12

CARA PENDAFTARAN

Sila sms/emel (014-2312370/seme_event@yahoo.com) nama lengkap dan tarikh lahir. Sila maklumkan juga kategori anda seperti pelajar IPT atau kakitangan kerajaan atau cikgu atau pelajar sekolah rendah atau menengah kerana terdapat hadiah-hadiah sampingan bagi kategori-kategori tersebut. Selepas itu sila semak nama anda di laman web catur www.stonemaster.info di artikel PRA-DAFTAR dalam masa 2 hari selepas anda sms/emel nama anda. Sekiranya nama anda masih tiada lagi dalam senarai nama PRA-DAFTAR, sila maklumkan sekali lagi.

Lain-lain perkara :

1. Sijil penyertaan hanya akan diberikan kepada peserta yang memohon 2 hari sebelum kejohanan bermula.

2. Hadiah tambahan akan juga disediakan sekiranya perlu nanti.

Hadiah-hadiah menarik dan Jamuan Hari Raya disediakan! Jadi apa yang ditunggu lagi…jom daftar sekarang!

KLIK IMEJ DI ATAS UNTUK MUAT TURUN BORANG KEJOHANAN


No comments:

Related Posts with Thumbnails