Pages

Wednesday, August 15, 2012

KEJOHANAN CATUR AMATUR STONEMASTER 2012 @ 16 SEPTEMBER 2012

Jom sertai “THE ONLY AMATEUR CHESS TOURNAMENT IN MALAYSIA THIS YEAR“. Kejohanan ini akan dianjurkan oleh Cerdik Catur Enterprise iaitu organisasi catur PALING AKTIF di Malaysia.

99.99% kejohanan catur yang diadakan di Malaysia adalah terbuka. Kalau bukan terbuka, penganjur catur akan buat beberapa kategori seperti terbuka, sekolah menengah dan juga rendah. Tapi kalau diperhatikan betul-betul bagi kategori terbuka, semua hadiah-hadiah utama seperti top 15 atau top 10 akan dimenangi pemain catur yang bertaraf PRO (NR 1700 +) dan SEMI PRO (NR 1600 +). Dan ini berlanjutan tahun demi tahun. Pemain bertaraf AMATUR (NR 1600 dan ke bawah ) hanya mampu jeling jauh-jauh dan cuma dapat memenangi hadiah terbaik kategori sahaja. Sampai bila pemain AMATUR boleh dapat rasai nikmat pemain catur bergelar juara ? Inilah penyelesaiannya. Inilah jawapannya. Kejohanan catur HANYA UNTUK PEMAIN AMATUR.
Diharap dengan adanya kejohanan seperti ini, akan dapat memeriahkan lagi aktiviti catur di Malaysia.

CATUR MEMBINA MINDA CERDAS

Flyer dan borang kejohanan


Senarai nama peserta-peserta yang telah mendaftar boleh dilihat di www.stonemaster.info (KLIK SINI)


No comments:

Related Posts with Thumbnails