Pages

Sunday, April 14, 2013

Keputusan Pertandingan Catur Fiesta Sukan Untuk Semua 2013

Pertandingan Catur Fiesta Sukan Untuk Semua Selangorku telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 13 April 2013. Pihak Cerdik Catur telah diberi notis pengesahan untuk mengadakan pertandingan ini pada jangkamasa yang amat singkat iaitu hari Rabu lepas dan memandangkan jadual kerja dan aktiviti harian yang cukup ketat, pihak Cerdik Catur telah mencadangkan agar pertandingan ini dibuat di sebelah malam. Sambutan yang agak memberangsangkan telah diterima daripada peminat2 catur untuk turun beradu minda dan bersengkang mata di Tanjung Karang di mana sejumlah 67 peserta telah datang mengambil bahagian. Pertandingan bermula pada pukul 9 malam di mana para peserta bermain dengan kawalan masa 15 minit seorang sebanyak 7 pusingan Swiss dan acara penyampaian hadiah telah diadakan tepat pada pukul 2.30 pagi.

CM Fadli bergambar kenangan    


Senarai keputusan penuh bagi pertandingan ini boleh dilihat di www.stonemaster.info (KLIK SINI)


No comments:

Related Posts with Thumbnails