Pages

Monday, December 30, 2013

UNTUK KEBAJIKAN - BERSAMA ANAK-ANAK YATIM AT-TAQWA

Untuk kebajikan..CM Fadli bergambar bersama anak-anak yatim AT-TAQWA selepas kendalikan klinik catur tadi pagi pada pukul 11pagi hingga 12.30 tengahari.
anak yatim

anak yatim2Berkhidmat untuk masyarakat..sekiranya ada pihak yang ingin menderma kepada pusat kebajikan dan  bimbingan anak-anak yatim, boleh hubungi pihak yang berkenaan.

KLINIK CATUR UNTUK ANAK-ANAK YATIM AT-TAQWA

KLINIK CATUR DI RUMAH ANAK-ANAK YATIM AT-TAQWA -

Pagi ini jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari, CM Fadli akan mengendalikan klinik catur kepada anak-anak yatim di rumah anak-anak yatim AT-TAQWA.
 

SIJIL PENYERTAAN DAN HADIAH KEMENANGAN - PERTANDINGAN CATUR PIALA ADUN BANGI

Adalah dimaklumkan bahawa kepada peserta yang telah sertai pertandingan ini dan inginkan SIJIL PENYERTAAN, sila emel kepada cerdikcatur@yahoo.com nama dan alamat penuh selewatnya 3 Januari 2014 (Jumaat). Nama dan alamat penuh anda akan diserahkan kepada pihak penganjur untuk di POS sijil tersebut ke kepada anda. Terima kasih.
Kepada pemenang yang masih tidak ambil hadiah kemenangan kerana balik awal, sila hubungi CM Fadli (014-2312370) atau emel (cerdikcatur@yahoo.com) untuk mengambil hadiah tersebut.

Sunday, December 29, 2013

KEPUTUSAN PERTANDINGAN CATUR PIALA ADUN BANGI 2013



Kamaluddin Yusof dan Puteri Munajjah Az-Zahraa Azhar yang masing-masing mendapat mata penuh telah menjadi juara bagi kategori masing-masing di Pertandingan Catur Piala ADUN Bangi 2013 yang diadakan di Dewan Putra Kajang pada 28 Disember 2013. Pihak penaja telah bermurah hati untuk menambah hadiah wang tunai bagi Hadiah Khas Kategori Terbuka iaitu daripada RM 40 kepada RM 50 seorang.

ADUN BANGI OPEN WINNERS 
Keputusan penuh Kategori Terbuka boleh lihat di sini--> ADUN BANGI TERBUKA

IMG_0175 
En. Kamaluddin Yusof menerima piala dan hadiah wang tunai yang disampaikan oleh En. Dohari-Pegawai Sukan Pejabat ADUN Bangi & En. Rosli Yusof-Timbalan Ketua Pemuda DACS Serdang.

IMG_0156 
Puteri Munajjah Az-Zahraa Azhar menerima hadiah wang tunai RM 100 beserta medal atas kemenangannya.
ADUN BANGI U12 WINNERS 
Keputusan penuh kategori bawah 12 tahun boleh dilihat di sini--> ADUN BANGI BAWAH 12TAHUN

Friday, December 27, 2013

SILA SEMAK NAMA ANDA - PERTANDINGAN CATUR PIALA ADUN BANGI

Sila semak nama ANDA untuk Pertandingan Catur Piala ADUN Bangi yang akan diadakan pada 28 Disember ini (Sabtu)..
http://chess-results.com/tnr120045.aspx?lan=1&zeilen=99999

RISALAH/BORANG KEJOHANAN CATUR KILAT LEMBARAN 2014

Hadiah menarik menanti ANDA antaranya Complimentary Voucher One (1) Night Stay @ Superior Suite (Including Breakfast for 2) bernilai RM 200++ . Tajaan Voucher - MH HOTEL & RESIDENCES KUALA LUMPUR.



Tuesday, December 24, 2013

23/12/13 JAM 11.50 PM - UPDATE TERKINI

23/12/13 JAM 11.50PM - UPDATE TERKINI PERTANDINGAN CATUR PIALA ADUN BANGI @28 DISEMBER 2013 -

A) 155 PESERTA DAFTAR AWAL - Setakat  ini  hanya 70 peserta yang buat bayaran yuran penyertaan. Mohon peserta buat bayaran yuran awal selewatnya 25 Disember untuk memudahkan pihak Cerdik Catur membuat pairing awal dan mempercepatkan pengurusan pendaftaran pada hari kejohanan.

B ) 156-165 PESERTA DARI PIHAK ADUN BANGI - Dimaklumkan selewatnya 25 Disember jam12 malam, berapa peserta dari 10 tempat yang dikhaskan kepada pihak ADUN Bangi akan sertainya.

C)166-175 WAITING LIST -Sekiranya ada peserta dari 155 peserta yang daftar nama awal tapi tidak buat bayaran yuran penyertaan selewatnya 25 Disember ini, nama mereka akan dikeluarkan dan pihak Cerdik Catur akan menghubungi peserta yang WAITING LIST menjemput mereka sertainya.

D) Dinasihatkan semua peserta yang sudah buat bayaran supaya maklumkan serta merta kepada CM Fadli untuk update nama dan bayaran untuk elakkan nama anda dikeluarkan/tertinggal.

E) Menunggu maklum balas daripada pihak penganjur sekiranya boleh ada tambahan meja dan kerusi kerana sebelumnya pihak penganjur hanya tetapkan 150 penyertaan sahaja. Total jumlah nama setakat ini ialah 175 nama.

F) Senarai nama peserta akan dikemaskinikan semula pada 25 Disember 2013 (Rabu) ini jam 8 pagi di semua laman web/blog Cerdik Catur untuk peserta SEMAK nama mereka..

G) Dimuatkan gambar 10 nama dalam WAITING LIST

JUMPA ANDA PADA 28 DISEMBER INI..
waiting list bangi

Monday, December 23, 2013

HADIAH-HADIAH MENARIK KEJOHANAN CATUR KILAT LEMBARAN 2014

Setakat ini, banyak juga penaja dah bagi hadiah-hadiah menarik untuk Kejohanan Catur Kilat Lembaran 2014 yang akan diadakan pada 31 Disember ini (Selasa) jam 10.00 malam hingga 2.00 pagi..Kejohanan ini tiada hadiah wang tunai tetapi hadiah berupa seperti gambar yang dimuatkan di bawah artikel ini. Dijangka ada lagi beberapa hadiah menarik yang akan diberikan kepada Cerdik Catur kepada para pemenang nanti. 20 hadiah disediakan kepada para pemenang.

Yang menariknya ialah JUARA diberi pilihan memilih 2 hadiah daripada berpuluh hadiah yang disediakan. Untuk tempat ke-2 hingga ke-10, pemenang diberi pilihan memilih 1 hadiah daripada berpuluh hadiah disediakan dan begitu juga 9 pemain terbaik seperti best wanita, best veteran dan sebagainya juga diberi pilihan memilih 1 hadiah.

Antara hadiah-hadiah yang disediakan ialah Jam Catur Digital, Chess Game Pad, beg notebook, chess pop up, 9 hampers dan sebagainya..hadiah jaket dan bantal pun ada..hadiah-hadiah lain yang menarik lagi mungkin bertambah dalam minggu ini..hehehe


Sunday, December 22, 2013

Selamat Datang Ke - WWW.CATURBLITZ.BLOGSPOT.COM




Satu lagi kejutan dan satu lagi kebanggaan untuk Komuniti Cerdik Catur..Akhirnya laman blog catur khas untuk aktiviti Catur Kilat/Chess Blitz berjaya dibina oleh pihak Cerdik Catur.

Selamat Datang Ke - www.caturblitz.blogspot.com.
Semua maklumat mengenai aktiviti catur kilat yang akan dikendalikan oleh Cerdik Catur Enterprise akan dimuatkan di laman blog ini..Jom jom layari laman blog catur ini sekiranya ingin megetahui aktiviti kejohanan catur kilat yang akan dikendalikan oleh Cerdik Catur.

Semua pertandingan catur kilat yang dikendalikan oleh Cerdik Catur adalah CCR Blitz Rated Event








UPDATE TERKINI PENDAFTARAN KEJOHANAN CATUR PIALA ADUN BANGI @ 28 DISEMBER 2013 (SABTU)

UPDATE TERKINI PENDAFTARAN KEJOHANAN CATUR PIALA ADUN BANGI @ 28 DISEMBER 2013 (SABTU)

Sila semak nama ANDA di link yang diberikan disini - https://drive.google.com/file/d/0Bzf0p3TkJ3ngenhnTjN1VGQzUUk/edit?usp=sharing

Sekiranya ada pembetulan, sila maklumkan kepada CM Fadli (014-2312370/016-3038892/cerdikcatur@yahoo.com)

Kepada peserta yang hanya daftar nama tanpa buat bayaran yuran penyertaan, sila emel atau wassapp salinan slip bayaran selewatnya 25 Disember ini. Peserta dalam senarai WAITING LIST, hanya boleh dibenarkan sertai sekiranya ada 155 peserta yang daftar awal, tidak membuat pembayaran yuran penyertaan selewatnya 25 Disember ini atau tarik diri.

Dinasihatkan para peserta layari www.stonemaster.info/www.cerdikcatur.blogspot.com/www.caturbangi.blogspot.com untuk maklumat terkini aktiviti catur pada 28 disember ini dan juga pada 31 Disember ini iaitu Kejohanan Catur Kilat Lembaran 2014 yang akan diadakan pada jam 10.00 malam hingga 2.00 pagi .31 Disember, hari Selasa di Dewan Merbau, Seksyen 17, Shah Alam.

155 PESERTA SUDAH DAFTAR NAMA SERTAI PERTANDINGAN CATUR PIALA ADUN BANGI

155 peserta sudah daftar Pertandingan Catur Piala ADUN Bangi yang akan diadakan pada 28 Disember ini..Pendaftaran selepas ini iaitu nama yang ke-156 dan ke atas, peserta tersebut akan disenaraikan dalam WAITING LIST. Sekiranya ada peserta yang sudah daftar awal 155 yang pertama tetapi tidak buat bayaran yuran penyertaan selewatnya 25 Disember 2013 (Rabu)..peserta yang dalam WAITING LIST akan dimasukkan dalam senarai utama 155 peserta menggantikan mana-mana peserta dalam senarai 155 terawal yang daftar tapi tidak buat bayaran yuran. Pihak penganjur hanya terhadkan 150 peserta sahaja untuk pertandingan catur kali ini.

Pendaftaran melebihi 100 peserta untuk kejohanan catur ini sudah dijangkakan dan diramalkan kerana beberapa sebab :

1) Semua 3 kejohanan catur terakhir yang diiktiraf sebagai CCR Rapid Rated Event yang diadakan di negeri Selangor cecah melebihi 200 peserta iaitu

a) Battle Chess II (daftar nama 480 peserta, yang dibenarkan sertai ialah 415 peserta)

b) Kejohanan Catur Rekreasi Alam Sekitar FRIM (daftar nama 275 peserta, yang dibenarkan sertai ialah 247 peserta)

c) Kejohanan Catur Terbuka Piala YDP MPSJ (daftar nama 320 peserta, yang dibenarkan sertai ialah 252 peserta)

2) Komuniti Cerdik Catur cecah 1 ribu peserta yang sudah ada CCR ID No. dan dijangka cecah 2 ribu Komuniti Cerdik Catur yang akan ada CCR ID No. akhir tahun 2014. Disebabkan Komuniti Cerdik Catur makin bertambah ramai, pihak kami menjangkakan ada pertandingan catur menarik tahun depan yang diiktiraf sebagai CCR Rapid Rated Event akan berjaya cecah 500 peserta.

Terima kasih di atas sokongan ANDA sertai aktiviti yang dikendalikan oleh Cerdik Catur.

Esok, pihak Cerdik Catur akan muatkan senarai 155 terawal yang daftar nama di www.stonemaster.info, www.cerdikcatur.blogspot.com dan www.caturbangi.blogspot.com. 155 peserta yang sudah daftar awal, dinasihatkan supaya buat bayaran yuran penyertaan selewatnya 25 Disember ini. Selepas buat bayaran kepada CERDIK CATUR ENTERPRISE, maybank akaun no. 5648 1000 6279, sila emel (cerdikcatur@yahoo.com) atau wassapp CM Fadli (014-2312370) salinan slip bayaran yuran penyertaan. Sekiranya ANDA menghadapi masalah hendak emel atau wassapp salinan slip bayaran, sila maklumkan tarikh dan masa bank in, dan bawa slip bayaran tersebut pada hari pertandingan nanti.

Friday, December 20, 2013

KEJOHANAN CATUR KILAT LEMBARAN 2014

Kejohanan Catur Kilat Lembaran 2014..


Sunday, December 15, 2013

80 PESERTA SUDAH DAFTAR CATUR BANGI

PENDAFTARAN KEJOHANAN CATUR TERBUKA PIALA ADUN BANGI 2013@28 DISEMBER (SABTU)

Setakat ini 15 Dis jam 8.30 pagi, 80 peserta sudah daftar nama..penyertaan TERHAD kepada 150 peserta sahaja. Sila daftar nama dan buat bayaran yuran penyertaan selewatnya 26 Disember ini..anda digalakkan daftar secara ONLINE di www.caturbangi.blogspot.com. Hadiah WANG TUNAI berjumlah RM 1,960 dan lain-lain hadiah juga disediakan kepada pemenang seperti medal, piala pusingan, hamper,hadiah misteri dan sijil penyertaan juga disediakan..

THIS IS A CCR RATED EVENT..sebanyak RM 5 ribu juga disediakan kepada peserta yang berjaya capai sasaran CCR 1600, CCR 1800 dan CCR 2000..
Bagi ZON TENGAH/KESELURUHAN..5 peserta pertama cecah CCR 1600, CCR 1800 dan CCR 2000 akan menerima SKIM GALAKAN berjumlah RM 100..bagi ZON SELATAN & UTARA..5 peserta pertama cecah CCR 1600, CCR 1800 dan CCR 2000 juga akan menerima RM 50 seorang..

Komunuti Cerdik Catur yang ada CCR ID No. setakat ini sudah melebihi 1 ribu peserta dan dijangka cecah 2 ribu peserta tahun 2014. Jom sertai Komuniti Cerdik Catur yang TERBESAR di Malaysia.. HEBAT !!!

cerdikcatur rating logo2

Friday, December 13, 2013

LOKASI PERTANDINGAN CATUR PIALA ADUN BANGI 2013

Lokasi Pertandingan Catur Piala ADUN Bangi pada 28 Disember 2013 (Sabtu)..seperti dimaklumkan oleh pihak penganjur kepada pihak Cerdik Catur.

Thursday, December 12, 2013

LAGI TAMBAHAN HADIAH DAN FLAYER BARU..3 MEDAL TERBAIK U8 & U10 DAN TERBAIK SWASTA

Dimuatkan flayer baru untuk Pertandingan Catur Terbuka Piala ADUN Bangi 2013 pada 28 Disember ini. Selain tambahan 3 medal untuk Top 3 Bawah 8 Tahun dan Top 3 Bawah 10 tahun, sudah sampai masanya ditambahkan lagi satu hadiah terbaik Kakitangan Swasta dalam kategori Terbuka. Untuk layak memenangi hadiah terbaik Kakitangan Swasta, anda hanya perlu bawa sekali sahaja 1 salinan pas kerja atau 1 salinan surat majikan atau bawa 1 name card..untuk simpanan pihak cerdik catur dan boleh digunakan selama 1 tahun sehingga akhir tahun depan 2014.



Tuesday, December 10, 2013

UPDATE 10 DIS - PENDAFTARAN PERTANDINGAN CATUR TERBUKA PIALA ADUN BANGI

Pertandingan Catur Terbuka Piala ADUN Bangi @ 28 Disember 2013 (Sabtu) -

60 peserta sudah daftar secara ONLINE di www.caturbangi.blogspot.com
Terima kasih kerana daftar secara online..ini memudahkan kerja pengurusan pendaftaran pemain dan mengurangkan kesilapan pihak penganjur yang mungkin terlepas pandang nama anda sekiranya daftar melalui sms dan emel.

Pihak kami telah melanggan pendaftaran secara online selama setahun dengan bayaran RM300++ yang boleh menampung pendaftaran nama sehingga 2 ribu nama setiap bulan tanpa ada apa-apa masalah untuk mana-mana pertandingan catur yang pihak kami wujudkan pendaftaran cara online.

Sila daftar awal, pendaftaran nama dan bayaran hanya diterima sehingga 26 Disember 2013 (Khamis)..Sekiranya pembayaran dibuat selepas 26 Disember 2013, DENDA RM10 dikenakan tertakluk juga masih ada lagi kekosongan tempat. Kali ini, pihak penganjur hanya menetapkan 150 tempat kekosongan sahaja. Jom ramai-ramai kita meriahkan aktiviti catur di bangi.


SENARAI PEMENANG HADIAH KEJOHANAN CATUR TERBUKA PIALA YDP MPSJ 2013

Seramai 320 telah daftar nama. Walaubagaimanapun, hanya 252 diterima sertai kejohanan ini yang boleh dianggap yang TERBESAR di Sunway dari segi hadiah WANG TUNAI, Piala Iringan, Sijil Pemenang dan Sijil Penyertaan. Dijangka pihak penganjur iaitu MPSJ akan meningkatkan lagi hadiah-hadiah bagi tahun 2014 memandangkan sambutan LUAR BIASA dari peserta-peserta.
Pihak Cerdik Catur menjangkakan tahun depan, ketiga-tiga dewan yang terdapat di Kompleks 3C akan digunakan dan boleh muat seramai 350-400 peserta. Bagi tahun ini, hanya 2 dewan sahaja digunakan iaitu Aras LG yang boleh menampung seramai 170-200, dan Dewan G seramai 80-100 peserta Dewan 1 yang boleh menampung seramai 80-100 peserta tidak digunakan tahun ini.
Memandangkan Komuniti Cerdik Catur yang mempunyai CCR No. sudah cecah 1 ribu nama dalam masa 8 bulan sejak diperkenalkan pada bulan April 2013 dan dijangka cecah 2 ribu nama peserta aktif catur pada tahun depan iaitu 2014, pihak kami meramalkan kemungkinan besar ada pertandingan catur yang diitiraf sebagai CCR Rated Event yang akan dikendalikan pihak Cerdik Catur tahun depan akan cecah 500 peserta..Terima kasih atas sokongan ANDA..




HADIAH TAMBAHAN - 3 TERBAIK PENDUDUK BANGI

TAMBAHAN HADIAH - 3 TERBAIK PENDUDUK BANGI ..syarat kelayakan 1) IC alamat kawasan DUN Bangi 2) Pelajar kawasan DUN Bangi 3) Bekerja kawasan DUN Bangi 4) Mengundi kawasan DUN Bangi.Medal juga diberikan kepada top 3 kategori terbuka dan kategori bawah 12 tahun..semua peserta akan terima sijil penyertaan..Sila rujuk flayer terbaru di www.stonemaster.info / www.cerdikcatur.blogspot.com / www.caturbangi.blogspot.com

Friday, December 6, 2013

Senarai Nama Peserta Kejohanan Catur Terbuka Piala YDP MPSJ 2013


Sila semak nama anda di sini. ...Pusingan pertama akan bermula pukul 10 pagi esok. 

KATEGORI TERBUKA 
KATEGORI BAWAH 18 TAHUN 
KATEGORI BAWAH 12 TAHUN 

Sila hubungi CM Fadli (014-2312370 atau 016-3038892) jika ada sebarang pembetulan.


Thursday, December 5, 2013

UPDATE 5 DIS - SILA SEMAK NAMA ANDA - KEJOHANAN CATUR TERBUKA PIALA YDP MPSJ 2013

Sila semak senarai nama peserta yang daftar Kejohanan Catur Terbuka Piala YDP MPSJ 2013..hanya 220 peserta terawal buat bayaran yuran penyertaan akan diterima sertai pertandingan ini..tarikh tutup penerimaan yuran penyertaan ialah pada hari ini 5 Disember 2013 jam 12 malam atau 220 peserta terawal buat bayaran yuran penyertaan.

Sila semak nama ANDA di https://drive.google.com/file/d/0Bzf0p3TkJ3ngUmRyTmFwTU9mdE0/edit?usp=sharing

Tuesday, December 3, 2013

Sila Semak Nama ANDA..Kejohanan Catur Terbuka Piala YDP MPSJ 2013

Mohon semak nama ANDA..untuk pendaftaran Kejohanan Catur Terbuka Piala YDP MPSJ 2013 yang akan diadakan pada 7 Disember ini (Sabtu)..Sila maklumkan kepada kami sekiranya ada kesilapan dan pembetulan..Sekiranya ANDA belum lagi buat bayaran yuran penyertaan, sila buat bayaran selewatnya 5 Disember 2013..untuk memudahkan pihak kami buat persiapan paring sebelah pagi pada 7 Disember ini..DENDA RM10 dikenakan sekiranya pembayaran dibuat selepas 5 Disember (seperti dimaklumkan dalam borang kejohanan)..'WALK IN' diterima sekiranya ada tempat kekosongan lagi..hanya 240 tempat disediakan..setakat ini 240 nama dalam senarai pendaftaran dan 1 nama waiting list dan setakat ini juga hanya 104 peserta yang sudah buat bayaran yuran penyertaan..

Sila rujuk nama ANDA di https://drive.google.com/file/d/0Bzf0p3TkJ3ngME1UMjhKdnFIUGc/edit?usp=sharing


Related Posts with Thumbnails